Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Thursday, June 25, 2009

dah masok Rejab!

salam n greetings to all...



waa..da masok Rejab!

wah..cepatnye masa berlalu..lepas Rejab, Syaaban, pastu masok Ramadhan..
da nak masok bulan pose da..
kepada sahabat2 wanita..
sudahkah anda mengganti pose?
haa...jgn buat2 lupe plak..huhu..

okay..cakap psl bulan Rejab nie..
aku nak kongsi cket laa tentang kelebihan bulan Rejab.. =)


Kelebihan bulan Rejab:

Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. (70 kali tue!ingat senang ke nak berganda sampai 70?)

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
(subhanallah!)

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan,
Sya'aban menyucikan hati
manakala Ramadhan menyucikan roh

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),

Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.




Antara peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

    Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Hebat kan?? =)


ekceli..aku ade jugak terbaca pasal if pose sehari,dapat bape ganjaran..
if pose 2 @ 3 @ 4 hari, ade pelbagai ganjaran die... tp 2 bukan hadis sahih.. kang berdosa lak sebar hadis palsu... hadis2 yg penah di keluarkan bout ganjaran2 berpuasa di bulan Rejab tue cume hadis2 palsu utk menggalakkan umat islam berpuasa di bulan Rejab..
tapi xsalahkan kita tambah pahala amalan di bulan2 baek gini.. ;)

with love,

3 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

dah ganti puasa belom? hihii~

miss_eliana said...

hehe..
tentulah suda.. =)

miss_eliana said...
This comment has been removed by the author.