Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Sunday, June 28, 2009

jom gie picnic!!

salam..

apa khabar readers sume?

semoga sume sehat n bahagia hendaknya.. ;)

aku masih lagi bersiaran langsung dari Nilai..
maka..
story ini berkesah di Nilai..

lokasi yg lebey tepat dan jitu ialah di
Pantai Bagan Lalang..
(tp yg peliknye,aku xjupe sehelai lalang pon kat situ! huhu~)

okay2..xnak cakap manyak..
lets photos tell the moments..
enjoy these everyone!!
selamat menjulingkan mata..
aku malas nak crop n edit it..
maka..memang banyak lew gamba2 yg boley menjulingkan mata anda..huhu~


cantekkan view die..

nie plak view di waktu malam..

aksi sedang kipas-mengipas...

aksi meletak sos dari Puan Sharlinda.. huhu~

mari bakar ayam..huhu~

jemput makan sume..ngee~

happening yaww..

hadif bersama ketamnya..

aksi lompat dari cousin ku, hadherah.. ;)

ni lak aksi nakal dari tuan blog.. auww! haha~

selipar pink sy yang sebok nak inteprem..

penaja utama picnic yg sgt happening + bez!!


kepada adik2 ku..
jgn jeles!

nnt k'yana blk,kite gi jln2 kat panta
i kay?

sangat seronok lepak n ber BBQ disana..

Insyaalah, len kali, aku nak bwk bff aku dtg sini..

ngee~

Saturday, June 27, 2009

iklan rokok~

salam..aku terjumpe mende nie..

saje nak share nga kowang..

Gambar- gambar kempen anti rokok:


hamik ko! huhu~


cucuh laa api kat situ klu agak2 nak terbakar..


Smoke Is Poison Advertisement: 12 meter long chemical tanker that looks like a giant cigarette was used by Cancer Research UK to highlight the toxic smoke in cigarettes

Jangan jadi macam saya...



Stop Smoking Bus Advertisement: “Ready to quit?





Kalau letak di bus stop, nescaya penuhlah ia dalam tempoh kurang daripada 1 minit.

Bus stop anti-smoking campaign


aku pon xpaham ape maksud Pare tue..hoho~

This one from the Cancer Patient Aid Association was put on the roofs of outdoor smoking areas (mcm kite kat dlm kubor r gayanye tue..)


Anti-smoking promotion for ‘World No Tobacco Day’ found at coffee shops in Dubai, where people come to smoke


Fight Smoking“: an ad campaign throughout the gyms



Budak-budak kalau hisap rokok, tangan dia jadi besar ke? huhu.

Second hand smoke in the home hospitalises 17,000 UK children a year” (the campaign for r Roy Castle Lung Cancer foundation,the UK medical research charity dedicated to dedicated to defeating lung cancer)

Another campaign for Roy Castle Lung Cancer Foundation: Deathbed



Petua untuk kelihatan tua. “Smoking causes premature ageing”


“There is an easier way of committing suicide: try smoking

Source: http://www.dirjournal.com





hehehe... aku kan..xde laa anti sgt nga smoker nie.. tapi bende tue kan membahayakan kesihatan.. tambah lagi buang duit kan.. sape2 yg smoking tue... udah2 laa smoke ea?

p/s : utk along, entry nie khas utk ko.. huhu~

entry hot

salam ceria..
selamat malam kepada semua pembaca...

tajok nak gempak jew kan..
saje nak soh kowang jengok blog aku..
haha..


ekceli..
sume blogger da start publish about Michael Jackson..

rata2 aku jenguk blog member2,

sume ckp pasal michael jackson neh..

eh..
arwah michael jackson @ mikhail..




maaf lah.. aku bukan fan
die..
malah, aku turut confius nak sedekahkan fatihah ke tak kat die..

td sms nga nurul..
ms tue die otw blk kedah..

aku lak da selamat melepak di Nilai..


kitowang tgh msg2 bout DBSK yg da smpai Thailand..
n aku pon dgn bangganye menyampaikan berita bout MJ nie..

ye laa,confirm laa nurul xtau agy..
brite klua pg td kat tv n radio..
kitowang mane ade ms nk tgk..
bc newspaper pg td pon, xde bout dat..



'nurul, michael jackson da mninggal,mati s muslim kot..'

lantas, nurul reply,

'ye ke? nak kena sedekah al-fatihah ke?'

dan..aku pon terpk.. a'ah kan..nak kena sedekah ke?

'xpe,kte sedekah je..if die mmg muslim,smpai laa tue doa tue kat die..'

huhuhu...
die muslim ke?
hopefully laa kan..

=)

tapi..
sesunggohnya memang MJ nie byk menyumbang kpd industri hiburan..
dan berita nie mmg sgt mengejutkan...

abah penah cite dulu2..

abah kan die hard fan MJ..
(kan abah kan? haha~)
bak kata abah...
MJ nie mmg unik..

kire legend r..

King of Pop
kan...

semoga die damai disana...


p/s: kpd fan MJ, takziah..maaf andai entry nie menyentuh perasaan mane2 pihak..

Friday, June 26, 2009

terima kasih daun keladi..


salam...


sekarang nie musim bagi2 award ea?
(nak bg award xperlu musim la!)
hehe... ekceli.. (setahu aku laa)
pass2 award nie..

ialah tanda penghargaan kepada pemba
ca2 kite..

dan..

aku dapat award lagi!!
(ish!,jgn riak farah eliana!)
kang kesian encik belog nie xdpt penghargaan..ekeke..

(eh,sejak bile blog aku ade jantina? lelaki lak tu.. auw!!)


okeyh..first award nie from cik lionteen..
sunggoh comey kan? huhu..
thanx laling.. ;)



second award nie plak from mysara..
comey jugak!
thanx dear! ;)

terima kasih pemberi2 award sekalian...

i nak berpantun cket.. (tunjuk talent jp..hehe)

ikan puyu ramas2,
thank you very much..
ecece...

eh..ade agy...

terima kasih daun keladi..
len kali,bg laa lagy.. ;P



p/s : bile laa nak berbaek ati bg award utk ma follower plak.. da cecah 70++ tue.. tunggu smpai cecah 100 followers dulu laa kn.. ngee~ :P

pelangi dan matahari...


tidak saya


meminta matahari




tidak juga



saya meminta pelangi



cukuplah hanya..



awan untuk berteduh....




Thursday, June 25, 2009

dah masok Rejab!

salam n greetings to all...



waa..da masok Rejab!

wah..cepatnye masa berlalu..lepas Rejab, Syaaban, pastu masok Ramadhan..
da nak masok bulan pose da..
kepada sahabat2 wanita..
sudahkah anda mengganti pose?
haa...jgn buat2 lupe plak..huhu..

okay..cakap psl bulan Rejab nie..
aku nak kongsi cket laa tentang kelebihan bulan Rejab.. =)


Kelebihan bulan Rejab:

Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. (70 kali tue!ingat senang ke nak berganda sampai 70?)

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
(subhanallah!)

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan,
Sya'aban menyucikan hati
manakala Ramadhan menyucikan roh

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),

Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.




Antara peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

    Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Hebat kan?? =)


ekceli..aku ade jugak terbaca pasal if pose sehari,dapat bape ganjaran..
if pose 2 @ 3 @ 4 hari, ade pelbagai ganjaran die... tp 2 bukan hadis sahih.. kang berdosa lak sebar hadis palsu... hadis2 yg penah di keluarkan bout ganjaran2 berpuasa di bulan Rejab tue cume hadis2 palsu utk menggalakkan umat islam berpuasa di bulan Rejab..
tapi xsalahkan kita tambah pahala amalan di bulan2 baek gini.. ;)

with love,

sigh~

salam n greetings to all..



da abeh ma final exam for the short sems..
phew! sgt lega!

mata sgt ngantok, xcukop tido.

perot sakit memulas2. aduyaii.

barang2 xkemas lagyk utk wat masok stor.


ade sesape nak tlg kemas?



saya xlarat, saya xde perasaan nak mengemas.
(nak mengemas pon kena ade perasaan kew? mesti la!)



love,

Tuesday, June 23, 2009

mencari bahagia~

salam n greetings to all..


salam hormat, salam ceria...
hari ini anda bersama saya, Farah Eliana mohd Adnand dlm rancangan 'perkongsian ilmu...'
tajuk menarik kita pada hari ini adalah 'mencari bahagia'..

mungkin anda di luar sana tertanya2, apekah yg sebenarnya di maksudkan dengan bahagia..
atau, dengan lebih indah, kite menyebutnya sebagai kebahagiaan..
adakah bahagia merupakan sejenis sayur-sayuran? atau sejenis makanan seperti kueh cek mek molek (oh,sedapnye! ish,jgn lari topik!)
atau...
adakah memiliki rumah besar, kaya, menjadi hartawan dan m
enghiburkan itu yang dinamakan sebagai kebahagiaan?
jadi, mari kita merenung kembali,(ecece) apakah sumber kebahagiaan itu..
adakah sumber luaran seperti harta, kuasa, rupa, atau kelulusan yg dimiliki seseorang? (pikir2kan...renung2kan..)
atau.. bagi seorang muslim, kebahagiaan itu lahirnya dari hati? rasa hati yang cekal, tenang dan gembira?

bagi saya... bahagia itu sebenarnya..sangat relatif..
terpulang pada seseorang itu memandang kehidupan ini bagaimana..

namun,ramai juga yg percaya,kebahagiaan luaran itu lah yg dinamakan kebahagiaan yg sebenar..yg mana, kita, menjadi hartawan, kita menjadi cendekiawan, rupawan dan pelbagai wan lagi.. (xtermasuk org yang nama berpangkal wan okeyh..:P )
tetapi, kita bagaikan terlupa dengan realiti kehidupan, manusia tidak dapat memiliki semua yg diingininya.. sudah menjadi rules of life, @ sunnatullah..
si kaya memiliki harta berjuta, tetapi tetap xdpt elak diri dari sakit
, mati pada usia muda n tua bukan?
kebahagiaan yg di julang mereka itu, tetap akan hilang sebenarnya...

maka...apakah sebenarnya erti bahagia?
bahagia itu, datangnya dari hati.. soal hati..
memiliki hati yg tenang dalam menghadapi apa jua ujian dari Allah dalam kehidupan..
hidup kita ni...sentiasa berselang seli antara nikmat n ujian..
jika tersalah langkah, nikmat itu boleh menjadi ujian.. n jika pandai mendayung masalah,ujian itu boleh menjadi nikmat..
sebab itu, kita digalakkan utk bersangka baek..
husnuzOn kepada Allah.. (husnuzon tu bersangka baek lah. tapi dlm bhsa arab,,huhu)


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 'bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan itu sebenarnya kekayaan hati...' (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kaya hati bermaksud, hati yang tenang, lapang serta merasa syukur dengan apa yang dimiliki..-bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada..

bahagia bagi anda pula bagaimana? ^__^

sekian sahaja rancangan kita pada hari ini.. terima kasih kepada mereka yang sanggup meluangkan masa bersama saya..
saya, farah eliana mohd adnand, melaporkan dari depan laptop utk My Lil' Kingdom.. jumpa lagi di laen masa.. salam...



hahaha..tetibe nak praktis jd pengacara kt blog sendirik kan..ekeke..
ntah hape2 jew...
ekceli..aku selalu di tanya oleh seseorang..
'awak bahagia?'..
kadang2, mcm blur jugak nak jwp...
tp..jwpan yg pasti sekarang, ialah ya..
saya bahagia bersama family saya..
saya bahagia bersama sahabat2 saya...
saya bahagia dengan kehidupan saya...
dan..jgn ingt sy xbhgia bile kite dh xbersama..
kebahagiaan sy ialah bersama mereka..
mereka lah penyokong kuat, pillars sy selama ni..
merekalah yg sentiasa buat saya tersenyum (tambah gelak xhengat dunia sekali laa), merekalah yg menyapu airmata apabila sy menangis..
merekalah yg sentiasa bersama bila susah + senang saya...
dan yg paling pasti..
saya ada Allah bersama saya...
come hell or holy water, He always with me..
Dia lah peneman yg paling agung, yg xpernah lupakan saya..
sesungguhnya, saya sangat bersyukur dianugerahkan Allah family yg sgt memahami,.. abah n mama yg sentiasa mendoakan kejayaan + segalanya yg terbaek utk saya... siblings yg sentiasa mengasihi dan menanti kepulangan saya..
saya ade makcik2 yg sgt mengambil berat..
adik2 sepupu yg sgt2 menyayangi saya..
saya ada sahabat yg sentiasa menerima saya seadanya..
alhamdulillah..saya bersyukur memiliki n mengenali mereka...

Ya Allah, aku memohon padamu.. peliharakanlah ukhwah kami..
lindungi lah kami dibwh rahmatMu.... Amin!

Oopss!! entry di atas,..bukanlah utk berlagak pandai @ berlagak jadi ustazah... saya pernah terbaca maklumat tue dlm sebuah majalah.. n tetibe ari nie terasa seperti ingin berkongsi..
ampun maaf andai tersalah bahasa @ terover.. huhu~

~live well or live hell. u choOse! ~


p/s : to him, saya bahagia skarang. semoga awak pon bahagia.

kata hati..

Assalamualaikum n greetings to all..
ini kata hati...


1. sakit otak (aku takde brain tumor ouhh..)

2. tak sabar mahu cuti. -_-

3. tak sabar nak abeh exam.. (nak gi meronggeng..huhu~)

4. exam 1 paper lagyk. gilew malas nak baca buku

5. lapar. nak makan something sweet. tetibe teringat choc indulgence SR..hoho (demand sunggoh!)

6. 6 days lagyk nak terbang pulang (cepat laa masa berlalu)

7. i love my room. it makes me feel happy.

8. i miss home.. :(

9. i miss ma parents n siblings.. :(

10. penat pk nk kena kemas barang utk pindah bilik. ouh!




it's gonna be a
hell week coming.
dush!
sabar Farah Eliana!
ok, sedang.
"Akal itu menteri yang menasihati,Hati itu ialah raja yang menentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan"^__^

Sunday, June 21, 2009

sPeciaL deDicaTion , again.. ;P




A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!


salam...

memandangkan ari tue da terwish awal2 kat abah..
ari nie nak wish lagyk..
ngee~

abah sentiasa bagi kepercayaan sepenohnya pd anak2 utk buat keputusan..
abah tak pernah cubit, rotan kami bile kami buat salah..
abah seorang yg serius, tp dlm ati, hanya Allah yg tau betapa die menyayangi kami.. (kami pon tau..hehe~)
abah, no words to say betapa bermaknanya abah dlm kehidupan kami..

sayang abah ketat metat!
*hug + kisses *

^__^


p/s : homesick = nak balik!! :(

♥ award oh award ♥

....salam....
da lama x dpt award..hehe~
thanx kepada pemberi award..
award2 ini sunggoh laa comey.. ngee~



okay, award pertama nie from cik aina...
sgt comey award nie..kan? kan? hoho~
thanx aina for this award.. ;)

award kedua nie plak...
from aisumi..
thanx aisumi for this award.. ;)


dan... award ijau nie plak from Daus..
blog mesra mata gitue..
Daus mtk kitowang pass award nie pd 3 lg owg len..
lebey pon xpe kan Daus? ngee~

org2 yg bole kutip award ijau nie adalah...

....dik hani...
....lionteen....
....cik mira....
....nadhirah...



p/s : waa...seksanya homesick! lambatnye abeh exam... :(

Saturday, June 20, 2009

saya jeles dengan mereka!!

salam..
selamat ari sabtu semua..
selamat beristirehat kepada mereka yang sedang berehat..
kepada yg tak dpt berehat..
nnt2 jew rehat kay? hahaha~

okay..cakap pasal jeles...

saya memang SANGAT jeles dengan mereka..


anda kenal sape mereka?
mereka ialah...

Aoki Lee + Ming Lee..
daugthers kepada Russell Simmons + Kimora Lee Simmons..

dan..kenapa saya sangat jeles?

sebab...
dorang anak kimora tue laa..
pengasas barangan baby phat + phat farm..

yg brg phat farm.. xde laa aku nak kesah sgt..
brg Baby Phat tue yg buat aku...
sangat-sangat-sangat kesah!!

haha~

ye r..jadik anak kimora tue..
confirm r dowang ley dapat pakai n amik sume brg baby
phat tue kan..
waaa...sgt jeles!!
nak jugak sume brg baby phat nie...
aku pon tataw r sejak bile gilekan brg baby phat nie..
nmpak je stuff2 baby phat, mcm histeria taw?

hahaha~
terok sunggoh perangai anak dara sowang nie..ekeke..

tape2..nnt keje n ade duit manyak..
aku nak borong brg2 baby phat nie..
insyaalah..
i'll take it as a challenge 4 myself...
(walopon ekceli aku da tapaw sehelai baju baby phat ms kt mlaka ai tue..haha)


OooPss...jgn salah sangka..
ini bukan bermakna aku tak bersyukur lahir sebagai Farah Eliana Mohd Adnand..
iaitu anak kepada En Mohd Adnand + Puan Nadiah Nawawi..
proud being their daughter..
dan..sangat sygkan mereka..
dorang bg segala-galanya cukop utk aku..
cuma..ye laa..saje je nak jeles ngan anak kimora tue..
org kata, (ye ke?) jeles utk mende baek nie bagos..hehe~

Insyaallah, beli dgn duet sendiri, lagi rasa mcm bez kan..
semoga brg baby phat nie dpt high kan motivation aku utk study dengan lebey gegeh... ekekeke~
aja-aja fighting!!
=)

p/s : kalo ade yg baek ati..boley laa adiahkan stuff baby phat nie utk aku.. haha..(gile tak malu!)
p/s II : utk abah, selamat ari bapa.. last entry tue, terlebey advance,.. naseb baek Nad tego.. thanx Nad..ngee~

~cerita semalam~

salam...

ini memang cerita semalam..
tiada yang benar melainkan yg benar..
tahap keterujaan (oh,apekah??) utk menghadapi peperiksaan (tetibe pakai ayat skema lak..hoho) telah selamat dinikmati (nikmati? oh, metafora yg xley diterima) oleh saya dan rakan2..
kenapa 'rakan2' n menggunakan ayat 'keterujaan'?
kerana.... kami berani mati (bajet jihad r nie..haha~)
bertentang mata...
eh, bukan! bersengkang mata laa... huhu~
ye, bersengkang mata n membesarkan mata menghadap buku,note serta kamus arab utk paper exam saya..
sumpah sangat sayangkan dorang..

terima kasih tak terhingga kepada bff, cik Masitah Baharom yang menjadi cikgu..eh, tak,, aku naekkan pangkat ko masyi.. panggil ko ustazah.. sebab ko ajar arab.. haha~
ye..terima kasih tak terhingga kepada beliau n tak lupa juga kepada cik Nurul Izati yang tolong membantu panaskan air utk buat nescafe utk aku.. dan tolong mengingat kembali segala nahu serta passage arab yg sangat panjang n manyak itu...

sumpah aku sayang kowang!!.. ^_^
walopon cuma aku sowang jew yang amik paper arab tue..

kowang sanggop tolong study sesame...
sanggop teman aku study sampai kol 5 pg utk pulun memulun study paper arab tue.. time kasih sgt2! sangat terharu okeyh? lalala~
dan,,.. tak lupe juga kepada cik Salbiyah yg telah menjadi OKU di rumah beliau di Larkin Jaya..yang juga telah melibatkan diri secara tak langsung semasa adegan sedang bersengkang mata serta memulun study arab berlangsung..
kenapa secara tak lagsung?
sebab....kami study sambil on call dengan die selama 3 jam! haha~
study sambil berhibur..ekeke..
ye laa..slalu study berempat kan...
xcukop sorang.. terasa ati sgt rindu n kami pon menggunakan kemudahan teknologi utk kebaikan sejagat.. haha~


kepada semua pembaca,. jika anda seorang pelajar, tolonglah jangan ikot tabiat ini..
study last minute itu memang tabiat kami..
bukan taknak study awal2... tapi mcm takde feeling if study awal2....
kena esok ada paper baru laa rajin nak abehkan 1 buku sampai tak tido malam.. hehehe~
alaa..mcm laa kowang tak penah buat kan... :P
sape penah buat, sila angkat tangan cepat!
ekeke...

oh, maaf utk entry yang panjang n melalot ini...
cuma nak berkongsi keterujaan kami pulun study paper arab sampai pukol 5pg (eleh..baru 5 pg da nak kecoh kan..)

dan..yang paling buat aku teruja ialah....
jantung aku tersentap n seperti nak berhenti bile tengok jam..
aku tersedar pukol 8.30pg!

sedangkan paper aku kul 10 pg!

sunggoh laa seperti hape je mangun capai towel gi mandi..
naseb kol 8.30 tsedar kan...
di buatnye sedar pukol 12.30??

teros fail paper arab tue..
nauzubillah! hoho~


...but, alhamdulillah...
...da selamat pon menjawap paper arab tue...
...kalo xdapat A, xtaw r..hoho~
...oh, berhenti bermimpi farah eliana..
...tape2, angan2 itu fenting.. ekeke...

timbunan kertas2 arab..hoho~


4.06pg yang seperti 4.06 petang bagi kami... ekeke~


Ustazah Masyi mempamerkan bakat melukis.. hahaha~




selamat berpoya2 di ari wiken u olls!!