Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Friday, September 18, 2015

Babywearing dan SSC Idaman

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung

Salam Alaik

Kesedaran mengenai babywearing ni bermula bila terrrjoin group babywearing kat FB. Ni groupnya Malaysian babywearers (Amaran! jangan join grup ni kalau xkuat iman shopping macam iolls. haha!)

Masa tu sedang mengandung. Muahaha. Ibu mengandung yang banyak masa terluang (waktu tu) memang rajin gugel menggugel pasal baby ni. Pastu ada plak grup babywearers ni. Teracun laa iolls. haha

Actually memang banyak sangat belajar ilmu pasal babywearing dalam group ni. Rupanya selama ni kita duk tengok orang kendong anak dalam carrier. Tapi carrier tu merbahaya dan tak selamat untuk baby. Sebab tu kena cari penggendong yang ergonomik

Haa. tau tak ergonomik tu apa? Ergonomik ni sains yang membantu manusia dan peralatan agar selesa dan mesra pengguna. Kiranya selamat dan selesa untuk baby.



Ni antara contoh menggunakan carrier yang tak ergonomik. Nampak kan kaki baby tergantung dan tak selesa


Nampak kan beza? Yang ergonomik yang belah kanan. Baby nampak lebih selesa dan tak tergantung kan.

Banyak sebenarnya carrier dan kategori yang sesuai. Start dari newborn dah boleh gendong baby. Tapi kena pilih yang sesuai laa.



Boleh rujuk jadual kat atas ya :) Untuk maklumat lain yang lebih detail..uolls bole join group babywearers td di FB ya :)

Dan setelah teracun dengan group babywearers.. Makanya Naufal pon merasa laa berSSC, hehe

SSC ni banyaakkkkk brand tau. Mata berpinar pinar je tengok design dan harga. hehe. Antara yang famous brand Kokadi, Tula, Madamae Googoo, Lenny Lamb dan macam macam lagi :D

Kokadi

Madame Googoo

Tula

Local brand pon ada tau. Contohnya macam Snuggbaby, Neezaneedles.. banyak.. nanti korang google je tau.



Neezaneedles

Ouh. Group Babywearing buat sewa jugak tau. Untuk pastikan kita memilih carrier yang selesa dengan anak. Rate sewa dalam RM25 per week camtu. Boleh join group ni Malaysian Babywearers FSOT and Rental

Saya pun sewa je memula tu. Tapi lama-lama rasa better beli je, Sebab memang memerlukan carrier ni. Mommy tak boleh dukung Naufal lama-lama. Keadaan tak mengizinkan. huhu. Dan akhirnya SSC Snuggbaby idaman menjadi milik Mommy Naufal Aqil . Weeee~

Naufal plak memang behave dan sukaaa sangat bila digendong dalam SSC tu. Kadang tu siap tertido! hehe



SSC ni hasil daripada bonus Shaklee tau! Alhamdulillah. Nasib baik ada Shaklee. :D :D

Okay sampai disini dulu ya. Nanti ada masa kita update lagi :)


Salam sayang dari Mommy Naufal Aqil,

Wednesday, September 16, 2015

Set Slimming Menyusu

Dengan Nama Allah Yang Maha Kaya

Salam Alaik

Lama pulak tergendala nak update pasal SET SLIMMING MENYUSU ni ya. hee

Baik. merujuk kepada entry sebelum ni.. macamana saya maintain berat badan walaupun makan banyak kerana menyusukan anak,

Inilah rahsianya! Tapi kini tak jadi rahsia dah. kikiki

SET ASAS MENYUSU


SET ASAS MENYUSU ada dua produk. ESP dan ALFALFA.

ESP ni dapat bantu
  • pekatkan susu
  • bina otot dan tisu baru
  • cantikkan kulit
Banyak lagi khasiat ESP yang lain. Boleh rujuk kat sini ya :D

Yang paling best ESP ni saya buat pengganti breakfast. Kenyang woooo. Minum esp ni segelas..pastu makan biskut sekeping dua. Memang bertenaga dan mampu bertahan sampai petang! Best! heee. Ye laa.. sejak jadi mak mak ni.. tenaga sangat penting. Lebih lebih lagi bila anak da mula laju merangkak. hihi

Produk kedua yang paling penting dalam set menyusu ni

Alfalfa Complex


Alfalfa ni ada 2 saiz botol tau. Botol kecil 330biji, Botol besar 700 biji, Mesti laa lagi jimat yang botol besar kan:)

Alfalfa ni berfungsi sebagai 

  • milk booster atau penggalak susu
  • banyakkan susu ibu
dan Alfalfa ni ada banyakkkkk sangat kelebihan untuk perempuan tau.

Antaranya buang toksin (elok untuk detoks dan nak kurus), elok untuk alahan, dan untuk kewanitaan. Nanti kita buat entry khas untuk Alfalfa Complex ni ya :)



Tu untuk SET ASAS MENYUSU. Set SLIMMING MENYUSU APA PLAK? hehe

Untuk SET SLIMMING, kena ADD ON OMEGAGUARD atau LECITHIN




Macam saya, memang amik Omegaguard. Sebab dia LAGI POWER dari Lecithin dan BAIK untuk perkembangan otak bayi. Kan baby ambil semua zat dari susu kita. So apa yang kita makan tu akan disalurkan kepada baby. 

Dapat 2 in 1 tau! Mak kurus,anak pintar.hee

Setiap produk ni ada CARA MAKAN tersendiri tau. Bukan main aci redah jee... Sebab tu produk Shaklee ni ada consultation. Nak tau cara makan terbaik...meh jadi customer iolls. hehe

Kalian bole je beli dengan mana-mana penjual atau toko toko jamu. Tapi....kalau tak menjadi jangan salahkan produk tau! Tak menjadi sebab salah cara makan sebenarnya tu :)

Saya DIAJAR dan hadir kelas KHAS untuk belajar CARA MAKAN, Sebab tu customer dapat HASIL yang memuaskan alhamdulillah. hehe

Maka.. inilah RAHSIA saya maintain berat badan walaupunnn makan banyak. Alhamdulillah. yang penting anak sihat dan susu melimpah ruah. Semoga Allah limpahkan rezeki susu emas untuk Naufal Aqil InsyaAllah.

Alhamdulillah.. daripada berat 56kg.. now dah 49kg! Maintain je sampai sekarang :D




Dan harganya macamana plak? hee.

Harga retail untuk set slimming menyusu ni RM360.00. Mahal? Untuk kebaikan anak dan diri.. tak mahal pun.. kan? Invest now for future giteww. Lagipun produk ni tahan sampai dua hingga tiga bulan.. berbaloi la kan? :)

Tapi..saya selalu buat PROMO SPECIAL untuk SET SLIMMING MENYUSU ni. hehe. Nak tau dan nak dapatkan harga special paling best, PM atau wassap saya ye. InsyaAllah.. saya berniat untuk support lebih ramai ibu ibu breastfeed anak mereka hingga berjaya. :)

Dan kalau ada yang berminat untuk dapatkan consultation khas pasal set slimming menyusu ni..jangan segan-segan PM Yana kat FB atau whatsapp kat no 0179076206 tau! Nanti zass Yana reply ya :)

Till then peeps!
Salam sayang daripada Mommy Naufal Aqil ;)

Saturday, September 12, 2015

Breastfeeding Journey~ Makan banyak tapi...kurus!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih

Salam Alaik

Cerita pasal KURUS.. Mesti ramai yang eksaited ye dok? kikiki

Saya ni memang jenis kategori BERISI. Pernah kurus sekeping. SEKALI. Masa umur 18 tahun. 10 tahun lepas hoiii. haha. Tu pon kurus sebab makan hati. kahkahkah. Berat paling kurus masa tu 42 kg. Tinggi 152cm. Maka memang kecik laa iolls macam budak darjah 6. Eh! :p

ouh. external hard drive hilang. Maka memang takde laa bukti gambar pernah kurus tu. Maap yee. Tapi nanti saya cuba cari kot kot ada yang sesat dalam email ke apa kan. hehe

Lepas tu bila masuk UIA.. hati manyak senang maa.. berat naik bagai dipam pam. pernah slim balik. Tu pon dengan bantuan supplement jgk. nan hadoo nak kurus sendiri. kuikuikui. Tapi berat sampai 49kg je. Lepas tu yillek, Naik turun naik turun. Sebab memang badan jenis cepat naik dan iolls KUAT MAKAN. haha. Lebih lebih lagi bila balik kampung.. masakan mama sedap ya rabbiiii. order je.. mesti mama buat. hehe

Eh panjang pulak muqaddimah, Haha. Ampunnn, Okay. Lepas berkahwin, berat saya naik sehingga 56kg. Bahagia uolls. hahahah. Then disahkan mengandung. Berat turun sampai 52kg. Masa janin 9weeks, buat buku merah. Masa tu berat 52kg. Recorded ya. Lepas tu berat naik dalam 10kg. last sebelum bersalin 62 kg. hihihi. Tu pon kalau ikutkan.. xnaik sangat laa berat. Alahan teruk. Baby in tummy 8bulan baru bole makan banyak. sebab perut da turun ke bawah. hee



Ni gambar sebelum bersalin. masa ni bukaan dah 1cm. muahaha. Gambar masa berpantang xde. hee

Lepas pantang 30hari... berat turun sampai 56kg. SAHAJA. hahahahaha. Orang lain kemain turun banyak berat dalam pantang. iolls nan hadooo. makan banyak okay. lapooooo. walaupun berbengkung bagai, memang makan kerap. sebab baby menyusu badan... Lapar je manjang. huuu

Maka lepas pantang tu laa iolls google pasal SET SLIMMING MENYUSU Shaklee.

Niat amik set ni sebenarnya cuma nak pekatkan susu dan bagi Naufal Aqil berisi, kuikuikui. Naufal kan lahir kecikk je,Rasa macam haihhhhhh susu iolls tak lemak berkrim keee. Timbang sebulan pon berat Naufal naik 0.9kg je, Sedih hati mak nakkkk. Pastu bila pam...susu tak meriah sangat dan xpekat. Hati mak kan... Mula laa rasa sedih. sobs sobs. Lalu ku gugel gugel.. dan jumpa pasal set ni. Tanya junior yang jual tu.. set utk slimming menyusu ada ke? Laju je dia jawap ADA tau. haha

Apalagiiiii. Grab je laaa. sebab sedih tengok penimbang. Berat tak turun turun duk tang tuuu jaa. haha. Tapi time makan tak beringat pon. Makan memang pantang... makanan sejuk semua memang tak ambil langsung laa. Tapi makan banyak. huhu. Mama pulak tak larang.. dia kesian takut cucu tak cukup susu kalau larang makan banyak. hehe

Laluuu.. setelah sebulan consume set slimming menyusu ni.. berat turun 2kg! 2kg dalam masa sebulan tu BANYAK bagi iolls okayyy.Ye laa.. makan 5kali sehari kottt, Nak mengharap 500g pon belum tentu dapat kalau takde bantuan supplement kan. Then turun lagi sampai laaa current weight sekarang 49kg :D Lagi slim daripada sebelum kawen, hehehe. Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah,, Terima kasih Shaklee! Yang penting susu anak melimpah ruah.. mommy pon sihat dan slim :D


Best kannnnn. Menyusu pon bole slim tau dengan Shaklee. Dapat banyak kebaikan dalam satu masa. heee. nanti saya update lagi info pasal SET SLIMMING MENYUSU ni tau. Tungguuuuuu :D


Salam Sayang daripada Mommy Naufal Aqil yang slim. kikiki :p


Saturday, September 5, 2015

Kenapa ESP menjadi pilihan hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Hebat

Salam Alaik

Seperti dijanjikan, iolls akan cite pasal ESP.



Ni ialah Enegizing Soy Protein Shaklee

Farah Eliana ni skeptikal orangnya, Haha, Dulu pandang sebelah mata je kat ESP Shaklee ni, Pastu sebab tak suka soya,.iolls anggap ESP ni tak sedap, Hamboii, belom cuba dah eksyen kan. Sekarangggg, haaa, tak minum sehari rasa tak keruan je. huhuhu

Sejak minum ESP.. banyak perubahan yang iolls rasa. Ni testimoni ikhlas dari hati ya :D

1. Bertenaga
2. Susu makin banyak dan pekat
3. Kulit wajah makin lembap
4. Kenyang dengan lebih lama
5. Parut stretchmark makin PUDAR, sukeee~~
6. Tona kulit lebih sekata dan muka lebih cerah



Nah, ini bukti wajah dan kulit lebih cantik dan cerah berbanding dulu. Hee. Tak sungguh tak kata okayy :D

Tu je laa setakat ni. Baru abeh satu tong,. Kalau 10 tong tak tau laa kan. awet muda gebus gebas laa iols. kikiki

ESP ni dah namanya Soya kan. Ramai yang associated soya ni dengan punca kanser laa.. apa laa.. tapi ESP Shaklee ni sebenarnya jenis non-GMO. Boleh rujuk sini pasal GMO dan NON GMO
Kiranya soya dalam ESP Shaklee ni mengandungi kandungan protein soya yang tidak diubahsuai .genetiknya. Maka ianya SANGAT SELAMAT ya. :)

Banyak kebaikan ESP Shaklee ni sebenarnya, Antaranya


    • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
    • Membantu hilangkan parut akibat jerawat dan jeragat
    • Membekalkan tenaga berjam lamanya menjadikan badan cergas dan tidak cepat letih
    • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak
    • Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan hasilnya baby cepat kenyang dan kurang meragam
    • Kulit kembali tegang dan anjal serta anjalkan kembali payudara yang kendur
    • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
    • Bagi ibu mengandung, ESP membantu menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu
    • Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim dan sel ovum serta sel sperma yang sihat dan sempurna.
 Haaa. Ada yang tanya..ESP ni elok untuk ibu menyusu je ke? Mementang laa iolls banyak cite pasal menyusu kan, hee, TENTULAH TIDAKKK! ESP ni SESUAI UNTUK SEMUA TAU!

See... Semua boleh! Nanti next entry kita kupas satu satu plak ye. :)
See u then peeps! Bulan ni ada promo ESP ni tau! Contact saya untuk details ya :D


Salam Sayang daripada Mommy Naufal Aqil,
Yana. 0179076206

Thursday, September 3, 2015

Kerana anak.. Saya Memilih SHAKLEE (Part 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang

Salam Alaik

Lama nau tergantung cerita pasal kenapa saya memilih Shaklee ni kan. Haha.

Okay meh kita sambung. Cerita keduanya.. ialah faktor KESIHATAN.

Lepas abeh pantang. saya masih tinggal dengan parents di Jertih, Trg. Bila Naufal Aqil berusia tiga bulan baru balik ke pangkuan suami di Sandakan. Dan masa balik ke Sandakan tu adik bongsu saya ada bersama. Kebetulan adik sedang menunggu result SPM. Maka jadi laa babysitter Naufal. kikiki



 Mommy dan Naufal Aqil

 Budak yang sangat behave dalam flight.hihi
Wif little sister a.k.a babysitter Naufal ;P

Seminggu di rumah kami bz mengemas. Dan pada satu malam tu, kami makan di luar. Saya dan adik order nasi goreng kampung, enchek suami order nasi putih dan tomyam.Saya sempat merasa dua tiga suap tomyam tu.

Balik rumah, malam, semua okay lagi. tetiba dalam pukul 2.30pagi camtu, perut memulas-mulas. Saya cirit birit sampai lembik dan hampir pengsan. Naufal Aqil plak menyusu badan. Bila tido malam memang tabiat dia 'mencari' saya. Asal mommy ada sebelah je. Malam tu tetiba dia pon meragam. Nak ngempeng dan menangis lapar. Allahuu. Saya dah lembik sangat dah masa tu. Nak tepuk tepuk ulit Naufal pon tak mampu. Nasib baik adik ada tolong handle naufal masa saya ke toilet. Tapi bila kenangkan anak nak susu, usaha dan kuatkan badan jugak.


Cik abe plak paksa ke hospital. Aduuhhh. kalau ke hospital.. kompem kena masuk wad. Naufal macamna kan? dengan menyusu badan lagi... takkan nak pegi beli susu formula? Ouh NOOOO. Saya tak izinkan! Saya sanggup bertahan dan berkeras taknak ke hospital. Kena marah pon buat pekak je. Takpe lah saya lembik macamana pon. Asalkan anak dapat susu. Naib baik susu xdrop. Alhamdulillah.


Lepas minum air garam, 100plus, dan muntah, perut okay sikit. Tetiba pagi tu suami plak yang terkena. Teruk sangat sampai terpaksa mintak kawan datang amik bawa ke hospital. Tak pasal pasal kena tahan wad. huhu. Seee. kan da cakap. kalau saya pegi hospital malam tu, memang tido kat wad laa kami. Dengan anak kecil berusia 3 bulan lagi? huhhh. 


Lalu daripada situ saya belajar.. MAHALNYA SIHAT. Bila demam, selsema badan lemah,.. Siapa nak uruskan rumah tangga dan anak? Saya WAJIB SIHAT demi ANAK!


Lelaki tak pe laa. Kalau penat tak sehat pon.. boleh skip layan anak.. Kita mak mak ni? Mana ada peluang.. T.T


Alahmdulillah Allah temukan saya dengan Shaklee. Alhamdulillah, lepas amalkan pelbagai vitamin.. badan saya segar, kurang letih dan antibodi kuat! Naufal Aqil pon memang jarangggg sangat demam. kena cucuk pon xpernah demam. Alhamdulillah :D


kerana anak lah.. mengubah hidup saya untuk memilih hidup yang lebih sihat. 

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT!





Till then peeps,
Salam sayang daripada Mommy Naufal Aqil

PROMOSI SEPTEMBER 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah

Salam Alaik

Setiap bulan, Shaklee memang wajib buat PROMOSI untuk pelanggannya. Best kannnn. wiwiwi

Bulan ni ada promo HOT STUFF! Apa lagi kalau bukan ESP!


Promo September kali ni BUY 7 at price of 6.
 Dengan kata lain beli 6 Free 1 laa. heee~

dan

BUY 2 GET 5% DISCOUNT


Fuhhhhh. Murah okayyy. RUGI xborong! Ajak laa semua kawan-kawan, adik beradik ke kawan ofis ke share... Bukan selalu ada PROMO camni. BULAN SEPTEMBER SAHAJA tau!

Rata-rata dah kenal ESP Shaklee ni. Memang best sangattt. Iolls pon minum tiap tiap hari., Ni antara kelebihan ESP. Sesuai untuk SEMUA golongan tau!




Tadaaaaaa~~ ESP Kegemaran. Saya suka buat dengan susu choc. hee :D


Nanti saya update lagi details pasal ESP ni ya. Kalau berminat nak GRAB PROMO ni, boleh contact saya okayyy. Nanti kita borak dan saya consult special punyaaa :D

Salam Sayang daripada Supervisor Shaklee
Yana.0179076206



Sunday, August 30, 2015

Selamat berkenalan! hihi

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang

Salam Alaik

Blogging ni bahaya sunggoh. Bila start blogging balik.. mula laa macam-macam idea nak share. haha

Okay.. sebenarnya,.. rasa macam pelik plak bila da lama xupdate blog,..pastu tetibe update pasal anak. 

Pasal kawen apa sume tak citeeee. Tapi tetibe cite pasal anak kan (rujuk entry sebelum ya) hihi.


Baiklah kawan kawan. Hye, Selamat berkenalan. hehe. 

Nama saya Farah Eliana. Boleh panggil Yana. Saya dah berkahwin dengan suami saya. Asri Zahari dan kami mempunyai seorang putera. Muhammad Naufal Aqil. Sekarang saya tinggal bersama suami di Sandakan, Sabah. Iya bahhh. di Sabah bahhh. :p

Saya sekarang dah berhenti bekerja sebagai kuli. kikiki. I'm now a HAPPY WORK AT HOME MOMMY! wiwiwi. Sekarang saya cuma FOKUS sepenuhnya dalam membantu orang sihat dan menjana pendapatan dengan SHAKLEE. InsyaAllah. :)




Okay. ni gamba kawen. hehehe. Tanggal 1 November 2013. Kami selamat di ijab kabulkan. :D

Alhamdulillah... dan tanggal 5 Februari 2015 Naufal Aqil selamat dilahirkan. Hehe. nanti tang pengalaman bersalin sume kita cte kemudian naaa :D


Ni plak gamba kami bertiga. hee.Tapi masa ni Naufal Aqil baru 3 bulan. Skang da 6bulan. Susah nak amik gamba bertiga skang. xde fotografer :p

Haaa. da abeh dah part berkenalan. kikiki. Nanti kita cte lagi ya. Banyak benda nak share ni. Tungguuuuuuuu :D

Your Trusted SID
Your Trusted Consultant
Your Trusted Coach
.Yana. 0179076206


Salam sayang daripada Mommy Naufal Aqil

Friday, August 28, 2015

Kerana anak.. saya memilih Shaklee (PART 1)

Salam Alaik

KENAPA SHAKLEE?

Ceritanya begini..hehe.


Ini little hero saya. Muhammad Naufal Aqil bin Mohd Asri

Naufal Aqil lahir dengan berat 2.92kg. Kecik molek toet je bila tengok dia. hihi. Anak pertama. Memang banyak mengubah kehidupan saya. Dan saya memilih untuk breastfeed my little hero secara eksklusif. Alhamdulillah. Allah limpahkan susu emas buat si anak. Tetapi keadaan berpantang, menyusukan anak sangat lah memenatkan. Lebih lebih lagi bila saya tak pandai menyusu anak dalam keadaan baring.

Anak bujang iolss ni kuatnya lahaiii ngempeng. Baru je nyusu, nyusu lagi. Tak puas-puas! haha. Alhamdulillah Naufal Aqil memang jenis tak meragam dalam pantang. (habis pantang pun masih behave. hihi. Alhamdulillah) Malam-malam tido jee. Cuma yang tak tahannya kuat ngempeng. Lenguh pinggang mommy sebab boleh dikatakan kena bangun duduk nyusukan dia setiap 2jam. Penat wooooo. sakit pinggang! Tambahan pula dalam pantang kan.. urat sume tengah bengkak tak elok lagi.. breastfeeding journey masa tu kekadang bikin stresss. Tapi demi anak, kena JAGA EMOSI. BERTAHAN Farah Eliana!

Saya berpantang menggunakan set herba. Habis je pantang, terus contact junior sekolah sy ni. Selalu nampak dia promote pasal Shaklee. Google punya google, tanya enchek suami, dan cik abe bg lampu hijau. Kesian cik bini penat katanya. wiwiwi

Borak punya borak. saya amik SET SENDI (untuk legakan sakit pinggang) dan SET SLIMMING MENYUSU. hehe. Berat tak naik banyak pon masa pregnancy. Tapi bfeed baby memang buat saya selalu lapar.Maka, kena laa ambil langkah berjaga jaga! Kasi bakar itu LEMAK. wiwiwi (pasal set ni kita cite next entry ya)

Alhamdulillah. kerana produk yang BEST. HASIL pon mestilah BESTTT!! Banyak perbezaan bila saya amalkan supplement. Naufal Aqil pun kemain membesar dengan sihat dan kuat. Mommy makin mengecil. Hihi.

Kerana Naufal Aqil.. saya memilih untuk sihat dan berikan yang terbaik melalui Shaklee. Alhamdulillah :D



Now Naufal dah 6 bulan. Berat dah 10kg. hehe. Pergi mana mana mesti orang panggil dia BABY SHAKLEE. hihi. Alhamdulillah. Susu mommy masih cukup untuk Naufal. Semoga mommy dapat menyusukan hero mommy ni secara eksklusif sampai 2 tahun. :)

Sehingga berjumpa lagi ya. Jumpa lagi di lain entry :D

Your Trusted SID
Your Trusted Consultant
Yana. Whatsapp 0179076206


Salam Sayang dari Mommy Naufal Aqil,

Kembali beraksi!

Salam Alaik

Kembali beraksi!
Weee~~ Lama iolls xmerapu bagai dalam blog ni. Tapi kali ni kembali dengan niat BERBEZA :)

NIAT nak BANTU orang. hehe

Setelah berkurun private kan dan xbercerita di sini.. sy membuat keputusan untuk menggunakan medium blog ni untuk membantu lagi ramai orang sihat dan menjana pendapatan dengan Shaklee. :D

Dalam kepala ni ada macam-macam nak update. hihi. Moga Allah berikan masa dan kesempatan. Insya Allah. 

Nanti kita sambung lagi ye. Wil share and update more bout my new love. Anak bujang dah memanggil. hehe

Your Trusted SID,