Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Saturday, August 27, 2016

SAYA MUNGKIN LUMPUH

Salam Alaik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Perkongsian kali ni lebih panjang. Mohon baca dengan tabah. Hehe. 

14 tahun dahulu., saya pernah kemalangan. Ya, teruk. Terpelanting di jalan raya. Berjahit di kepala. Luka di kaki dan tangan.

Kebetulan waktu tu tengah training sukan golf Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM). Terus di gugurkan untuk bertanding. Coach tidak mengizinkan kerana keadaan diri yang teruk. Macamana nak jalan sambil bawak beg golf yang besar dari tuan untuk tournament 18 lubang? Sedih? Yes i am. 

Selepas kejadian, saya terus berhenti aktif daripada dunia sukan. Gantung kayu golf dalam bilik. Heh. Tak lah, abah derma kayu golf tu kepada club untuk kegunaan rakan-rakan seperjuangan. 😊

Kesan daripada kemalangan itu sangat teruk. Berjalan kaki sebelah macam tempang. Tapi mama duk bawa pergi mengurut dan diurut mama setiap malam, alhamdulillah, saya kembali normal. Parut kemalangan sehingga kini jelas. 😅

KU SANGKA LANGIT CERAH HINGGA KE PETANG. RUPANYA HUJAN DI SIANG HARI

Bertahun saya percaya yang saya dah sihat, tidak sakit. Walaupun hakikatnya, urat dan saraf saya sangat sensitif, badan saya lemah. 

Lepas bersalin, segalanya terbongkar. Eceh. Macam terungkai misteri je. Hee. 

Walaupun dah mengurut dalam pantang bersama bidan, hairan sungguh kerana lenguh pinggang, sakit belakang sangat teruk. 

Saya syak ini kerana keadaan menyusukan anak secara duduk. Awal2 dulu takpandai menyusu anak sambil baring 😂

Tapi rupanya saya silap. Urat, tulang saya lemah! Setiap kali bangun pagi, suami lah yang usaha untuk bantu saya. Angkat dan bantu saya duduk dengan selesa.

Menangis ketika menyusukan anak itu biasa. Sangat biasa. Sehinggalah ketika di kampung, terjumpa seorang bidan mengurut. Mama cakap, 

"Cuba mengurut ngan bidan ni. Bagi sedap badan sikit. "

Lalu saya serah diri. Saya book bidan untuk mengurut selama 3 hari. 

Di sentuh. Di uli. Lalu dia menegur. 

"Yana pernah jatuh? Teruk urat dan badan awak ni"

"Pernah kak. Eksiden. Jatuh terpelanting. Masa zaman sekolah dulu" jawab saya.

"Allah dik. Patutlah. Kedudukan tulang punggung dan tulang belakang awak senget.(saya tidak pernah scan dengan doctor selepas kejadian)

"Kalau orang lain, lepas bersalin camni memang dah tak boleh berjalan. Dah lumpuh! Ini pun urat awak agak sensitif. Memang kena jaga makan. Tapi kalau ikutkan, awak sihat ni. Siap boleh menyusu, dukung anak ( ketika ni naufal berusia 4bulan, berat hampir 8kg)

"Sihat kak. Sebab makan vitamin. Dari lepas pantang memang tak skip. Amik pil kalsium jugak"

"Patutlah. Ni urat awak ni teruk. Berlendir lagi sikit. Kalau tak dipecahkan lendir ni, memang TAKLEH BERJALAN la awak bila tua nanti."

Menangis dalam hati. Bersyukur kerana Allah beri peluang untuk menikmati nikmatNya. 

Siapa sangka, ikhtiar saya untuk amalkan set sendi lepas berpantang membantu menyelamatkan saya jadi lumpuh di hari tua? 

Allahu. Shaklee ini cuma asbab. Semua ini dari Allah. Tapi berikhtiar itu wajib. 

Setiap hari saya pasti takkan skip set sendi saya ni. Sayang sangat. 



Semoga Allah limpahkan kesihatan untuk saya dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu dan suri hati suami saya. 



P/s: bulan ni ada promosi set sendi ni. Kalian yang bermasalah boleh hubungi saya, yana: 0179076206




No comments: