Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Saturday, August 27, 2011

hasil keseorangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Kasih

Salam Alaik

baru balik ofis. semangat balik awal cket sebab janji ngan housemate untuk masak mee sizzling sebagai juadah berbuka.

tapi, kerana housemate ada hal yang tetibe mengundang, plan untuk memasak dengan penuh keriangan dibatalkan. sobs. :'(

maka, saya tiada teman untuk berbuka. makan sorang-sorang. haish. redha dalam terpaksa. -.-'
maka, ketung ketang ketung ketang sensorang. mula-mula, masak nasi dulu. pastu bukak peti, ada ayam dan udang. pikir-pikir. hurm. buat pe masak lauk banyak-banyak. lalu, ayam jadi pilihan hati. potong-potong. goreng ala-ala ayam KFC. actually ayam celup tepung laa tu. huu~

dan, seperti pelik bila nak masak ada satu lauk je. godek lagi barang di dapur. nampak potatoes. apa lagi. idea muncul untuk buat mashed potato. check barang-barang, okay. sume lengkap. ON!

ketung ketang ketung ketang.

ayam goreng celup tepung, SIAP.
mashed potato and sauce. SIAP.
nasi. SIAP.

takkan xde kuah? haish, makan sorang je pon.malas nak berkuah bagai. maka, kicap JALIN jadi pilihan. kicap pon kicap laa. -.-'

tengok jam, baru pukul 7. okay, masih sempat untuk blend ice cream milk shake. wee~

akhirnya, menu berbuka hasil keseorangan adalah

nasi
ayam goreng
mashed potato
vanilla milk shake.

dah kenyang. Alhamdulillah.
percubaan untuk buat mashed potato kali pertama berjaya.
dan saya dengan baek hati share resepi ngan korang.
selamat mencuba! :)

mashed potato :

bahan-bahan : 4-5 biji kentang (kupas kulit n potong dua)
150gm butter
1 cawan susu segar
serbuk lada hitam/lada sulah

cara-cara:
1.rebus kentang yang telah dikupas dan dipotong dengan air secukupnya sampai empuk.
2.masukkan sedikit butter dalam kentang , lenyek.
3.kemudian,letakkan lada hitam/ lada sulah.
4.tuangkan susu segar dan lenyek hingga rata.


gravy @ sos

bahan-bahan :
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
1 kiub ayam maggie
lada hitam/ sulah
2 cawan air

cara-caranya :
1.cairkan butter dalam kuali. tumis bawang. (kasi hangus2 cket)
2. masukkan tepung jagung. tumis sampai warna coklat.
3. masukkan air. kacau sampai rata.
4. pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. masukkan lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. kalau kuah pekat sangat,masukkan air.


TADAA! jadi laa mashed potato buatan sendiri. simple kan? :)
selamat mencuba!

1 comment:

Aisumi Chan Kawa'i said...

mash potato! woww~ boleh cuba buat nnt..