Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Monday, August 29, 2011

terbaek dari ladang

Dengan Nama Allah Yang Memberi Rezeki

Salam Alaik

hari terakhir puasa. berusaha bake cookies bersama dua lagi geng powerpuff girl. hehe. adik-adik terchenta laa. walaopon mereka banyak menyebok dari menolong, takpe. powerpuff girl memang memiliki kuasa yg berbeza-beza. teehee~

 the before
and 
after.

hehe..
cik mira fatin, ini untuk tatapan anda. 
TQ for the recipe dear! :)

Ramadhan pergi meninggalkan kita.
Puas kah hati dengan amalan sendiri? Tanya Lah Hati. Jangan biar ia sepi.
Selamat Manyambut Lebaran. :)

Saturday, August 27, 2011

hasil keseorangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Kasih

Salam Alaik

baru balik ofis. semangat balik awal cket sebab janji ngan housemate untuk masak mee sizzling sebagai juadah berbuka.

tapi, kerana housemate ada hal yang tetibe mengundang, plan untuk memasak dengan penuh keriangan dibatalkan. sobs. :'(

maka, saya tiada teman untuk berbuka. makan sorang-sorang. haish. redha dalam terpaksa. -.-'
maka, ketung ketang ketung ketang sensorang. mula-mula, masak nasi dulu. pastu bukak peti, ada ayam dan udang. pikir-pikir. hurm. buat pe masak lauk banyak-banyak. lalu, ayam jadi pilihan hati. potong-potong. goreng ala-ala ayam KFC. actually ayam celup tepung laa tu. huu~

dan, seperti pelik bila nak masak ada satu lauk je. godek lagi barang di dapur. nampak potatoes. apa lagi. idea muncul untuk buat mashed potato. check barang-barang, okay. sume lengkap. ON!

ketung ketang ketung ketang.

ayam goreng celup tepung, SIAP.
mashed potato and sauce. SIAP.
nasi. SIAP.

takkan xde kuah? haish, makan sorang je pon.malas nak berkuah bagai. maka, kicap JALIN jadi pilihan. kicap pon kicap laa. -.-'

tengok jam, baru pukul 7. okay, masih sempat untuk blend ice cream milk shake. wee~

akhirnya, menu berbuka hasil keseorangan adalah

nasi
ayam goreng
mashed potato
vanilla milk shake.

dah kenyang. Alhamdulillah.
percubaan untuk buat mashed potato kali pertama berjaya.
dan saya dengan baek hati share resepi ngan korang.
selamat mencuba! :)

mashed potato :

bahan-bahan : 4-5 biji kentang (kupas kulit n potong dua)
150gm butter
1 cawan susu segar
serbuk lada hitam/lada sulah

cara-cara:
1.rebus kentang yang telah dikupas dan dipotong dengan air secukupnya sampai empuk.
2.masukkan sedikit butter dalam kentang , lenyek.
3.kemudian,letakkan lada hitam/ lada sulah.
4.tuangkan susu segar dan lenyek hingga rata.


gravy @ sos

bahan-bahan :
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
1 kiub ayam maggie
lada hitam/ sulah
2 cawan air

cara-caranya :
1.cairkan butter dalam kuali. tumis bawang. (kasi hangus2 cket)
2. masukkan tepung jagung. tumis sampai warna coklat.
3. masukkan air. kacau sampai rata.
4. pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. masukkan lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
5. kalau kuah pekat sangat,masukkan air.


TADAA! jadi laa mashed potato buatan sendiri. simple kan? :)
selamat mencuba!

Thursday, August 18, 2011

ikan ouh ikan

Dengan Nama Allah Yang Maha Kasih

Salam Alaik

salah satu kerja saya di ofis ialah saya di amanahkan untuk memberi ikan makan. ada dua ekor ikan dalam balang di ofis ni menjadi amanah saya.
tetapi, oleh kerana kesilapan dan mungkin juga kerana selalu minum air yg ada semut,
saya LUPA.

hari jumaat : pagi-pagi dengan semangat bagi ikan makan.
sabtu. cuti : sah-sah laa tak ke ofis kan. masa duk umah teringat je kat ikan tu. tapi, sbb ada hal lain, xdpt ke ofis utk bg ikan makan.
Ahad pon sama.
Isnin, : masa otw ke ofis da teringat.kena bagi ikan makan. tapi, memang dasar pelupa. terlupa nak bagi ikan makan.
malamnya ada meeting.

bos tanya : awak da bg ikan makan?
me : eerrr..dah. (YA ALLAH! terlupa sebenarnya! kesian ikan lapo..wuwu
ingat nk bg before balik, tp terLUPA lagi. -.-')

selasa: pagi-pagi lg pegi ofis semata-mata sbb nk bg ikan makan. berlari naik ke ofis sebab takut ikan tu mati kebulur. huuuu~
akhirnya pada hari selasa tu ikan gemok kekenyangan sebab saya bagi dia makan dua kali. huuu~ saya tau, ikan tu lapoo.. -.-'



sory ikan, saya tak sengaja. takde niat pon nak dera awak. -.-'

Saturday, August 6, 2011

irama dan lagu

Salam Alaik

jam menunjukkan pukul 2 pagi.
masih di ofis. ini lah dunia kerja. kawan kata saya gila kerja.
tidak, saya bukan gila kerja. saya cuma memberi komitmen.
bagi saya, dalam apa kerja yang kita buat sekalipon, sume nya memerlukan komitmen.
bila kita kerja, kita menggalas tanggungjawab dan amanah.
AMANAH.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya… 
( An-Nisâ: 58)

jadi, saya bukan gila kerja sebab saje-saje.
saya pegang Amanah. saya memberi komitmen untuk jalankan amanah tu.
bekerja tu kan ibadah. :)

okay, cuma berkongsi.
dan saya tau, tajuk tiada kaitan dengan entry. haha
till then peeps! mau sambung kerja dulu.
Thank You Allah for all the strength.


ouh, ini utk tatapan kalian.pasti ada yg rindu tuan belog ni kan? :P

taken sewaktu buat iklan Kibarkan Bendera DBKL.
credit to Mr. Photographer : abg Burhan Wahab. 

xoxo,

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan


Salam Alaik

Aim of this Blessful Ramadhan : 

InsyaAllah.
May Allah Bless. :)

Tuesday, August 2, 2011

peluang

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang
Salam Alaik

Salam Ramadhan semua. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat yang tidak terhingga kepada saya.
Hanya seminggu menganggur dan terus di tawarkan untuk bekerja di tempat praktikal lama. Alhamdulillah, syukur kepadaNya yang Maha Mengasihani. Di tawarkan untuk bersama-sama menghidupkan industri filem negara. Hanya Allah yang tahu betapa lonjakan hati bersujud syukur kepadaNya kerana menempatkan di tempat yang memang menjadi minat dan impian saya.

Masih banyak yang perlu belajar dan syukur juga kepadaNya kerana anugerahkan boss yang sangat sabar dengan kerenah dan tidak jemu untuk berkongsi ilmu. Alhamdulillah. walaupun Abah agak bising kerana risau anak pompuan *kesayangan* bekerja dalam industri yang hectic macam ni, tapi akhirnya mengangguk setuju juga kerana kerasnya hati saya menyatakan 'saya mahu'.

ye, saya mahu. Abah ada offer untuk berjumpa beberapa kenalan yang ada nama di stesen tv. begitu juga dengan pakcik yang selalu mengambil berat tentang saya. tapi, bukan sombong, bukan tidak mahu. buat masa ini, saya cuma lagi selesa bekerja di tempat yang penilaiannya dibuat berdasarkan keupayaan dan usaha saya sendiri. di tempat yang saya boleh belajar banyak perkara. Niat di hati untuk ambil Master tidak pernah luput di ingatan. saya sematkan di penjuru hati kerana satu hari nanti saya akan kutip rasa untuk belajar di universiti kembali. InsyaAllah, plan jangka panjang saya masih di garisan keupayaan diri yang bernama Farah Eliana.


Subhanallah. terima kasih Allah kerana membuka hati abah dan mama. Terima kasih Abah, Terima kasih Mama untuk limpahan kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih Along dan adik-adik yang sentiasa menceriakan hari hari saya. Terima kasih Tuan Syed kerana memberi peluang. Terima kasih bakal tunang tersayang kerana sokongan dan pinjaman telinga untuk setiap keluhan dan airmata. Terima kasih Zulee kerana nasihat dan sokongan bersama. terima kasih juga kepada mereka yang turut mendoakan saya. terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membuktikan minat dan kehendak hati saya.

Ya Allah, ku pohon kepadamu, berkatilah setiap perjalanan ku, bimbinglah aku ke jalan yang benar. Ameen.

solat dhuha

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa

Salam Alaik

nak pergi kerja. tolong hantar nenek berniaga dulu. (housemate baru saya seorang nenek)
tak de laa jauh sangat, dalam 5 minit dari tempat kerja. seronok dapat tolong hantar nenek.
dalam perjalanan, nenek tegor :

nenek : Ana tak solat dhuha tadi?
(sebelum kami gerak, nenek da solat dhuha dulu)
saya : belom nek. nanti kat ofis saya solat.
nenek : solat la cu. Dhuha tu sangat bagus di jadikan amalan.
pintu rezeki dari Allah. kita mintak. Allah bagi ke tak, itu kerja Dia.

saya terdiam. sampai je ofis, terus solat.

Alhamdulillah, kadang-kadang saya lupa. Allah hantarkan nenek untuk ingat saya. :)

doa selepas solat dhuha :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Rasulullah bersabda : Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran(kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat.

Monday, August 1, 2011

ratu air mata

Salam Alaik

saya di ofis, sepatutnya tengah kerja, buat kerja.
tapi, sebab stress, sume terbengkalai. -.-'

pagi-pagi lagi da nanges berendam air mata sebab rindukan aktiviti lama.
semalam, azam baru Ramadhan kali ni ialah untuk baca Quran after subuh and topup wif Al-Matsurat sekali.da agak lama tinggal amalan tu.sebab lepas subuh je, layan mata sambung tido. habis je berdoa, terus lipat telekung, lipat sejadah. da lupa nak baca kalimah Allah. -.-'



lalu, pagi tadi, after sahur dan Subuh, bukak balik Quran n Matsurat, baca tafsir.
air mata laju mengalir. RINDU. Sungguh saya rindu kepadaNya yang Satu. T.T

tetiba rasa macam seorang yang tak mensyukuri nikmat.
Allah bagi macam-macam nikmat dan kesenangan. tapi saya? T.T

dan, bila dah sepagi duk berendam air mata, tersedu sedan seorang diri,
kepala mula laa nak sakit. pergi ofis konon dengan semangat baru, tapi hancur lunyai sebab saya kalah dengan emosi dan amarah dalam diri. hari pertama puasa, saya puasa perut, tapi tidak berpuasa emosi. dan air mata mengalir lagi. wajar laa kalu ada yg pernah melabel saya ratu air mata. tetibe hari ini saya setuju dengan mereka. hari ini sahaja. harap maklum.

saya nak buat kerja. tapi bila da jadi macam ni, memang saya xdapat teruskan apa yang saya nak buat. haish! tak baek laa emosi ni. suka nak ruin my day. :(

till then peeps! Selamat Menyambut Ramadhan. Bulan istimewa untuk mengecas bateri ke akhirat. Sama-sama kita gandakan amalan seharian.