salam alaik
aku semakin terasa kehilangan
kehilangan seorang sahabat,
seorang pendengar, pekongsi suka duka,
seorang penasihat peribadi diriku,.
masih terbayang wajah terakhir tika kau menghantarku
bukankah wajah itu wajah ikhlas seorang sahabat milikku?
ke mana hilang sifat peka,sifat mesra,
sifat penyayangmu yang sentiasa bersamaku?
di manakah dirimu sahabat?
kenapa diri ini rasa dikau semakin jauh?
semakin pergi dari diriku?
adakah kerana 'dia',
kau membawa diri sebegini?
kita pernah berjanji,
menjadi kawan sehidup semati,
kasih ku, sayang ku sebagai sahabat
takkan luntur untuk dirimu.
kerna aku, sangat menghargaimu dalam hidupku.
sahabatku,
pulanglah kepadaku.
aku merinduimu.
merindui dirimu yang dulu.
p/s : pakcik, aku tau kau akan baca blog ni.walo bukan hari ini, mungkin esok. mungkin juga d masa depan nt.aku betol2 rindukan ko. rindukan 'sahabat' aku yg dulu. kembalilah. aku masih perlukan ko. sama seperti aku perlukan ko di waktu muda remaja dulu. T.T