Salam Alaik
terbaca status dan wall photo seorang wanita di FB. photo bersama hadiah birthdaynya beberapa hari lepas. nak letak ayat pompuan, tapi macam kasar sangat bunyi nya.wanita pon bole lah.
dan wanita itu seorang yang saya kenali.
dia, sudah ada yang lain.
maka, saya pulak yang bersedih. tetiba terasa sebak di dada. wanita ini pernah berhubungan dengan lelaki yang saya kenali. dan lelaki itu adalah insan yang rapat dan terdekat dengan saya.
saya lah insan yang paling gembira di saat mereka bersama. Sebab, saya nampak kegembiraan dan kebahagiaan dalam hubungan mereka. tetapi entah di mana silapnya, si wanita telah memilih jalan untuk mengundurkan diri. si lelaki bersedih. saya tahu. kerana saya kenal hatinya.
tetapi saya tak pernah bertanya kenapa hubungan mereka jadi begitu. *tak baek menyibuk hal rumah tangga orang*
saya cuma diam. dan hari ni, terjawab segala persoalan. haruskah saya berterima kasih kepada teknologi? atau lebih tepat lagi, kepada Mark Zuckerberg? heh.
Si wanita berhak memilih yang di rasakan terbaik untuk dirinya. Biarlah, biar dia memilih. Allah lagi tahu. Saya rindukan senyuman anda wahai lelaki. Senyumlah kembali. wanita itu hanya singgah sebentar di hati untuk menapak di hatimu. bukan singgah sebentar, singgah kembali mungkin? first love between both of u rite? -.-'
Saya tau terlalu perit untuk kamu hadapi.biarlah. lelaki, mungkin si dia bukan untuk mu. masih ada yang lagi baik menanti. Kami, sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. La Tahzan.
Bertabahlah. kami sayang kepada mu.
with love,