Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Thursday, July 21, 2011

Dengan Nama Allah yang memberi Rezeki

Salam Alaik

tengah lunch break.
bos ajak turun makan,
tapi i sombong. pastu tahan je lapo sebab da xde org nak teman makan. hoho.
padan ler muka kann.. -.-'

nah, buat tatapan kalian.
saje nak suroh korang meleleh air liur.haha


meat ball IKEA. 
[12 July 2011]

wif zul~

 them~

wif Zul again. 
thank u for made my day friends! :)

love,

Tuesday, July 19, 2011

kupu-kupu kecil

Dengan Nama Allah yang Maha Pencipta 

Salam Alaik

saya baru balik dari Taman Tasik Perdana
tengah buat kerja, terpandang makhluk ciptaanNya.
Subhanallah. cantik! :)


hai kupu-kupu kecil!
anda telah menceriakan hari saya! 
syukran Ya Rabb! :)

love,

Monday, July 18, 2011

jangan kejutkan aku lagi.

jika aku hanya bermimpi.
jangan kejutkan aku lagi.

secawan sepiring

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang
Salam Alaik

Location : Dalam perjalanan pulang dari KL ke rumah.

Jalam jam. tetibe terpandang seorang atok membonceng cucunya menaiki motosikal.
hati saya syahdu. tiba - tiba rindu menggamit rasa.

Kecil-kecil dulu, arwah atok selalu membawa saya membonceng motosikalnya ke pasar. Kadang-kadang di bawanya ke pasar pagi untuk breakfast bersama-sama. Air milo yang di order di tuang ke dalam piring. lantas di suapnya ke mulut saya.

Ya Allah. betapa saya rindukan saat itu. Betapa saya rindukan arwah atok. Raya kali ini tanpa atok, nenek, pakcik dan makcik. 4 ahli keluarga di belah ibu tiada bersama. pasti sangat berbeza. -.-'

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Al-Fatihah.




Allah knows best about the past, the present and the future. Always have faith in Allah, for He knows us better than we know ourselves. InsyaAllah. To Allah we belong and to Allah we will return.


p/s : takziah buat Paan, kehilangan ibunda tersayang , Dr. Lo' lo Ghazali. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada.

Saturday, July 9, 2011

ku pohon~

Dengan Nama Allah Yang Memiliki rahsia hati

salam Alaik


saya sedang berusaha menyiapkan practical report. tapi seperti biasa, idea takkan mencurah untuk menulis report. tapi idea tetibe mencurah untuk menulis blog. rasa macam dah lama tak menulis dari hati. eceh. :p

sekarang saya sedang beristirehat di rumah. ye, di rumah. bila balik, semua bertanya,

what is ur next plan?

plan? banyak. cuma tak tau nak buat yang mana dulu. sampai saya pon naik kompius. huhu.. dah laa benda paling susah dalam hidup ialah buat keputusan. haish. susah betol. bila berbincang dengan family, dorang just ikut apa yang saya rasa tebaek untuk saya. They give me full support for everything i wanna do. cuma. saya je laa yang kena buat keputusan. -.-'

then, bila jumpa saudara mara, yang tu cakap macam tu, yang ni cakap macam ni. ada yang suruh sambung master teros. ade yang suroh keje bhgn sales laa. ade yang bg cadangan soh apply PTD laa. ade yang suroh buat itu ini untuk kemewahan diri. -.-'

yes, pandangan masing-masing. rezeki tu kan Allah yang tentukan? saya lagi berminat untuk bekerja berlandaskan apa yang saya belajar dan minat saya. dan saya tau, bila kerja dalam industri camni, memang anak perempuan kesayangan akan memberi kerisauan dan sedikit diskriminasi dalam pemilihan kerja berkenaan. dan saya juga paham. family mana yang sanggop tengok anak kerja sampai tak cukup tido, tak cukup rehat, tunggang langgang je hidup sebab kejar kerja dalam industri yag hectic. kan?

but for me, saya rasa saya masih muda. saya rasa selagi saya berkesempatan oleh Yang Di Atas untuk merasai nikmat kerja mengikut minat saya, kenapa harus saya tolak. kan? waktu bujang dan masih sihat ni laa saya nak merasa semua tu. di waktu Allah kurniakan kesihatan ni laa saya nak bekerja mengikut hati. its process of life kan?

tapi, dalam diam, hati saya meronta untuk saya meneruskan usaha n misi yang telah terbengkalai. yes, Herbalife. kadang-kadang, bila balik training, saya stress. ya, stress. stress sebab saya je yang paham apa yang saya nak dan saya je yang paham dengan keadaan diri dan kehidupan saya. saya naakkk sangatt teruskan buat herbalife secara fulltime. tapi, hati saya juga menuntut saya meneruskan impian saya. susah kan bila jadi manusia yang susah nak decide. dan dalam herbalife jugak ada kata,

u must decide.
Farah Eliana, DECIDE!

saya sedang mengelap airmata. saya kusut. kenapa bila nak decide, saya semakin stress?
sebab saya tak tahu apa yang patot saya pilih.
Ya Allah, hanya kepadamu aku memohon. Mudahkanlah pilihanku. tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku. Amin.. T.T

Thursday, July 7, 2011

sudah sampai waktu

Dengan Nama Allah Yang Memberi Nikmat
Salam Alaik

10 minggu bersama E-Magic menitipkan pelbagai suarasa.

terima kasih Allah kerana melimpahkan kurnia nikmat yang ada
terima kasih Puan Mazni n Ayahanda Wan Maharuddin
terima kasih Lovely big boss a.k.a Producer, Tuan Syed Zulkifli Tojo
terima kasih Tuan Director Encik Zul Kassim + En. Faisal Yeop
terima kasih Creative Director , Encik Zylan
terima kasih Prod. Manager, Encik Kamarul
terima kasih Scriptwriter, Encik Azman Suradi
terima kasih Abang2 Editor, Abang Be, Abang Miji n Abang Oni
terima kasih Abang-abang cameraman, soundman, lighting man.
terima kasih Shafiq, Yazrul n Ila

terima kasih family kerana sentiasa bersama menyokong minat dan kerja saya
terima kasih 'awak' yang tersayang kerana memahami n bersabar dengan kerenah saya :)
terima kasih Herbalifer n upline kerana bersabar dengan kesibukan saya

Alhamdulillah. Thank You Allah.

selesai suda penggambaran dokumentari kami, Andai Itu Takdirnya.. cuma tunggu nak air utk next-next episode je. Alhamdulillah. 10 minggu bersama menitipkan pelbagai rasa, pengalaman, airmata dan emosi. hehe.

Terima kasih juga kpd E-Magic kerana memberi peluang utk bersama-sama mengerah tenaga dlm TV Commercial utk KPTM n Corporate video utk GLC Day. Alhamdulillah. pengalaman itu sangat berharga dalam hidup saya. :)

bersama Jehan Miskin. hee
crews + Jehan Miskin. hee~

shooting at Kuantan

the most memorable moment. Interview n shooting wif Datin Seri Rosmah.

ini pula saat terakhir semasa Farewell Dinner. Tq 4 da treat boss! :)

Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah kerana memayungi roda kehidupan dengan pelbagai garapan suarasa. :)
2 bulan di production house. keje tunggang terbalik, xcukup rehat, xkenal penat. Kadang-kadang keluhan hati terkeluar tanpa sengaja. -.-'
Abah kata, tak baek mengeluh. Nanti Allah marah. sorry Allah.. -.-'

last but not least,
sudah sampai waktu untuk kita berpisah.
Terima kasih daun keladi semua
Hingga kita bertemu lagi di lain hari~

Love,

Monday, July 4, 2011

a sketch~

Dengan Nama Allah yang memberi Ilham
Salam Alaik


first sketch
tadaa~ in colour plak.. :)


ni plak pic asal.. hee~

thank u Ehsan Razzaq for the lovely n adorable sketch! luv it! :)