Dengan Nama Allah Yang Maha Agung
Salam Alaik
Kesedaran mengenai babywearing ni bermula bila terrrjoin group babywearing kat FB. Ni groupnya Malaysian babywearers (Amaran! jangan join grup ni kalau xkuat iman shopping macam iolls. haha!)
Masa tu sedang mengandung. Muahaha. Ibu mengandung yang banyak masa terluang (waktu tu) memang rajin gugel menggugel pasal baby ni. Pastu ada plak grup babywearers ni. Teracun laa iolls. haha
Actually memang banyak sangat belajar ilmu pasal babywearing dalam group ni. Rupanya selama ni kita duk tengok orang kendong anak dalam carrier. Tapi carrier tu merbahaya dan tak selamat untuk baby. Sebab tu kena cari penggendong yang ergonomik.
Haa. tau tak ergonomik tu apa? Ergonomik ni sains yang membantu manusia dan peralatan agar selesa dan mesra pengguna. Kiranya selamat dan selesa untuk baby.
Ni antara contoh menggunakan carrier yang tak ergonomik. Nampak kan kaki baby tergantung dan tak selesa
Nampak kan beza? Yang ergonomik yang belah kanan. Baby nampak lebih selesa dan tak tergantung kan.
Banyak sebenarnya carrier dan kategori yang sesuai. Start dari newborn dah boleh gendong baby. Tapi kena pilih yang sesuai laa.
Boleh rujuk jadual kat atas ya :) Untuk maklumat lain yang lebih detail..uolls bole join group babywearers td di FB ya :)
Dan setelah teracun dengan group babywearers.. Makanya Naufal pon merasa laa berSSC, hehe
SSC ni banyaakkkkk brand tau. Mata berpinar pinar je tengok design dan harga. hehe. Antara yang famous brand Kokadi, Tula, Madamae Googoo, Lenny Lamb dan macam macam lagi :D
Kokadi
Madame Googoo
Tula
Local brand pon ada tau. Contohnya macam Snuggbaby, Neezaneedles.. banyak.. nanti korang google je tau.
Neezaneedles
Ouh. Group Babywearing buat sewa jugak tau. Untuk pastikan kita memilih carrier yang selesa dengan anak. Rate sewa dalam RM25 per week camtu. Boleh join group ni Malaysian Babywearers FSOT and Rental
Saya pun sewa je memula tu. Tapi lama-lama rasa better beli je, Sebab memang memerlukan carrier ni. Mommy tak boleh dukung Naufal lama-lama. Keadaan tak mengizinkan. huhu. Dan akhirnya SSC Snuggbaby idaman menjadi milik Mommy Naufal Aqil . Weeee~
Naufal plak memang behave dan sukaaa sangat bila digendong dalam SSC tu. Kadang tu siap tertido! hehe
SSC ni hasil daripada bonus Shaklee tau! Alhamdulillah. Nasib baik ada Shaklee. :D :D
Okay sampai disini dulu ya. Nanti ada masa kita update lagi :)
Salam sayang dari Mommy Naufal Aqil,
1 comment:
bw here
memang tgh mncri/korek2 psl ssc niii
skg mcm tgh aim LL dgn boba4g
Post a Comment