Hello Peeps!

Untuk sebarang order / pertanyaan mengenai Shaklee boleh

✉ email di : feliana.adnand@gmail.com
✉ PM di : https://www.facebook.com/farah.eliana
✉ Whatsapp : +60179076206


Terima Kasih :)

Friday, October 28, 2011

hadiah konvo

Dengan Nama Allah yg Maha Sayang

Salam Alaik


hasil menggedik ngan encik sayang. hehe.
hadiah konvo katanya. ngee~
*padahal i yg mintak.huahaha*

da lama tinggalkan nafsu shopping books. da laa books is most favourite all the time. so, amik peluang laa kan. hehe. :)
alhamdulillah. tq love! :D



ini pula hadiah daripada ayahanda tercinta. Well..a father have strong instinct of what his daughter need. :)


ini pula,hadiah yg paling berharga from my lovely bff. :)
really appreciate that. i know, dengan setiap tampalan gambar dan kata-kata ikhlas dari hati di buat dengan penuh dengan kasih sayang. :D i love u girls.

first page. :)
 our frienship story line. 
 yes, PROUD. :)
siblings. :)
'but all people luv u..'

satu geng men hoki. hehe

doa untuk sahabat :
setiap kali rindu, setiap kali rasa resah, hadiah ni laa yg saya tatap. memang dah macam bed time story plak.
dan, setiap kali tatap, laju jee airmata ni jatuh berguguran. -.-'

tqvm Sal, Nurul, Masyi.
sayang korang ketat-ketat.
TQ Allah give me wonderful friends. Semoga ukhwah ini berkekalam hingga ke syurga. Amin. :)

Thanks for reading! :D :')

Tuesday, October 25, 2011

Dhuha

Salam Alaik




doa dhuha.
sekadar perkongsian. fitrah manusia, suka kan irama untuk memudahkan proses mengingat.
insyaAllah, semoga saya istiqamah. kalian juga boleh mencuba. 

ayuh! tak lama pon solat sunat dhuha ni. kejap je! :D

love,

Thanks for reading! :D :')

Monday, October 24, 2011

bawal

Salam Alaik

setelah bertahun
hampir 3 tahun lebih mungkin?

tidak mengenakan tudung bawal.

tetibe rasa wajah bertukar menjadi sangat naive.huahaha

heh. kerana menumpang kasih bersama sahabat tersayang dan rasa yang tak reti nak balik rumah kerana selesa di UIA tercinta, membuatkan daku kelam kabut mencari dan match tudung dengan baju.
padan laa muka. dah tau diri memang tak tahan godaan bilik dan katil di UIA, pergi lagi melawat mereka dengan sehelai sepinggan. kononnya nak balik after dinner bersama. memang TAK laa kan. heh.

tq korang sebab sentiasa sudi melayan tetamu yg tak di undang. siap menumpang tido, pinjam toiletries segala bagai lagi.huu~ daku memang xmalu.. :P

till then peeps,

Thanks for reading! :D :')

Thursday, October 20, 2011

hujan


Salam Alaik

aku memandang dari cermin tingkap.
hujan lebat di luar.
seorang pakcik berlari dalam kebasahan.
seseorang pemuda menutup kepala dengan plastik

penunggang motosikal berduyun berhenti berteduh di bawah jambatan.

Bersyukurlah aku, walaupun dalam lebat yang kelam,
aku masih ada perlindungan.

dari dalam kereta.
walaupun yang hanya diberi pinjam.


love,

Thanks for reading! :D :')

Wednesday, October 19, 2011

hati anak


Salam Alaik

hari konvokesyen yang baru berlalu minggu lepas.

Abah, ini hadiah untuk hari lahir Abah.
peristiwa hari konvokesyen

pagi-pagi lagi Abah call. Ingatkan nak kejutkan kami (saya n adik) solat Subuh, tapi rupanya ada khabar yang lagi penting.
Abah dan Mama tak dapat masuk hall utk tengok saya naik stage sbb keadaan mama tak mengizinkan.mama xsehat. diarrhea. so memang sangat penat laa kan. -.-'

Okay, sedey. sungguh. terdiam sekejap bila abah bgtau tak dapat dtg. huu~
Istighfar jap. Takpe, Allah da pegang qada' qadar. Mesti DIA lagi tahu hikmah kejadian.
nak nangis, tapi tetiba hati macam redha je. Alhamdulillah, Allah dah ubat hati yg rapuh ni.maybe Allah nak bg Abah tgk sy naik stage time grad for master nt plak :)
So, after solat sume, bersiap-siap dan gerak ke IIUM ngan adik. Nampak gayanya adik sorang2 je laa yang tengok sy naik stage. huu~
sesampai di UIA, tak nampak kawan laen selain Shafiq. hehe. maka, duduk melepak n bergaduh ngan dia je laa. kami memang pantang jumpa. nak-nak si sapik ni memang suka buli saya. hehe
dah sibuk-sibuk nak masuk hall, kesian plak kat adik sorang2. soh die duk ngan family sapik,die taknak. Lalu text cik Zulee. alhamdulillah, she's free n nak masuk ke dalam. TQ Zulee. :)

Saya di barisan depan bersama teman seperjuangan. role pertama untuk bachelor comm. Alhamdulillah. :)
keluarnya dari Hall, nampak Mama dan Abah menanti dengan sejambak bunga. :)
Mama datang jugak walaupon xsehat. terharuuu. huu~


Mama dan Abah, Terima kasih.
Terima kasih atas doa dan kasih sayang.
semoga ada syurga menanti kalian.

Love,

Thanks for reading! :D :')

Monday, October 17, 2011

mission completed!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih

Salam Alaik

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Sujud dan syukur kepadaNya yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Penyayang.
Subhanallah. Segala puji hanya kepadaNya.

After all the tears *nape teras dulu? hoho*joy, sweat, laughter n blood, the scroll is mine :D
Subhanallah. Alhamdulillah. man Jadda wa Jadda. 1 more mission completed! :D

Hanya Dia yang tahu hikmah setiap kejadian. Terima kasih Ya Rabb untuk segala kekuatan dan ketabahan. Terima kasih menjadikan saya anak yang membanggakan hati parents n family saya.


Terima kasih kepada Abah n Mama, family, bff, cik Masyi, cik Nurul, cik Salbiyah. sayang korang ketat-ketat. tak lupa juga kpd encik sayang, tq 4 evrything. tanpa anda semua, pasti saya da give up. huu~


Semoga perjalanan hari mendatang sentiasa dalam ringan redhaMu.:)
Berkatilah ilmu hasil acuan daripada ayahanda dan bonda di Taman Ilmu dan Budi.

bersama tulang belakang kejayaan. eheh. 


 ini juga tulang belakang,penyapu airmata dan teman ketawa. :)

 coursemate, classmate n Dr.Baiduri


wif cik mira fatin

bersama kawan-kawan. hee

Real world awaits. Bak kata Ayahanda Lan,its time to leave the nest. Got your wings so fly and only the heavens is the limit. InsyaAllah Ayah. :D

Taman Ilmu dan Budi, saya pasti akan merindui anda. Anda telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Subhanallah. terima kasih Ya Rabb. Syukran Jazilan.

Hingga Bertemu lagi.

Thanks for reading! :D :')

Thursday, October 13, 2011

teaser :D


masih bz dengan kerja. nanti2 saya update. :)
lagipon, kami masih menanti banyak lagi saki baki gambar daripada official photographer kami,
:D
love,

Thanks for reading! :D :')

Friday, October 7, 2011

sayangkan Abah

Dengan Nama Allah ang Maha Kasih

Salam Alaik

saya sayang Abah. sekarang, makin sayang. bila abah selalu tak sihat, saya risau. kerana tunangan kita yang pasti adalah kematian. Sayang yang mampu saya berikan kepada Abah adalah menjaga diri. Jaga peribadi.

selalu pesan kepada adik-adik. sehelai rambut yang kita tunjuk kepada bukan muhrim tu seperti ada seekor ular yang berlingkar. Bayangkan jika rambut ade beribu helai. beribu ekor ular yang akan berselirat di kepala nanti. Nauzubillah. Minta jauh.

selalu juga saya ingatkan kepada diri sendiri. setapak keluarnya saya dari rumah, semua tanggungan dosa saya jatuh kepada bapa dan wali saya. Maka, kalau setapak keluarnya saya dari rumah dengan tidak menutup aurat, dengan melakukan perkara yang mendatangkan dosa, semuanya di bawah tanggungan abah. Nauzubillah. -.-'

Ya Allah, Jauhkan lah aku dan adik-adikku daripada menyumbang dosa kepada bapa dan waliku.

kalau semasa hayat abah di dunia dan saya penyumbang kepada sukarnya Abah ke syurga, betapa malaikat mengutuk saya. Nauzubillah.

' Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka dan bahan-bahan bakarannya.(manusia dan batu berhala). neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya). mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang di perintahkanNya kepada mereka, dan mereka tetap melakukan segala yang diperintahkan.' [Al-Tahrim :6]


sources pic from : adriani

sources pic from : FB cik wana




saya dulu orangnya jahil pada agama. Banyak yang saya tak tahu dan banyak yang saya tak paham tentang konsep menutup aurat. Kadang-kadang saya juga alpa dengan tawaran dunia. :'(
Terima kasih Allah kerana mengirimkan insan-insan yang sangat sayangkan saya dan menegur saya. Thank U Allah. Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan ramai sahabat yang banyak membantu dalam membaiki sahsiah dan peribadi diri. TQ Allah. Alhamdulillah. :D

menutup aurat itu wajib bagi setiap wanita Islam. tutup aurat, bukan tutup rambut, bukan sekadar menutup, tapi melindungi dari segalanya.

kalau kalian sayang Abah, Ayah, Papa, Bapak, Abang dan suami kalian, tutuplah aurat. Jangan on-off. tutuplah aurat dengan sempurna.Insyaallah, maruah kita akan terpelihara. :)
love,


Thanks for reading! :D :')

tutti frutti senang hati


Salam Alaik

last weekend ke Taman Ilmu dan Budi untuk settlekan hal convocation.
amik robe + reunion skali. tapi reunion tak meriah sbb xcukup ahli. huu~
InsyaAllah, photoshoot nanti kite reunion skali lagi. :)

 beratur sangat panjang di pagi hari..huu~

setelah settle hal-hal untuk convo, bff n me hang out bersam-sama menggembirakan hati. Ayuh berjimba! hehe
tak kemana-mana pon sebenarnya. pusing2 mall, and makan. before balik, singgah sebentar di Tutti Frutti idaman hati, perut kenyang, senang hati. :D

pilihan Nurul.


pilihan saya. hee~

muka eksaited makan ice cream yogurt. hehe


 them. cik Nurul, Sal n Masyi.

Thank You made my day friends!
Love, 

Thanks for reading! :D :')

Thursday, October 6, 2011

Mama dan makan

Salam Alaik

sejak dari kecil, Mama memang particular bab adat di meja makan.
daripada pinggan nasi, pinggan lauk, mangkuk nasi, air, sume nak kena perfect.
i guess, bukan pefect, cuma beradab.
selalunya bila cukup ahli di rumah, kami adik beradik memang suka masak megi. hehe
tak tau kenape. tapi memang selalu camtu. mesti tetibe ade sorang yg akan berkata

'kalau makan magi sedap jugak ni'

hehe. memang laa. masak 3 bungkus, share 4 beradik. daripada dalam periuk tu, terus divide masuk dalam mangkuk masing-masing. *tak senonoh nyee..huu*

mama paling pantang laa klu amik makanan dalam periuk terus masukkan dalam pinggan atau mangkuk yang kita nak makan. Mengikut hemah mama,

  • makanan yang dah siap masak tu kena letak dalam pinggan atau magkuk lauk dulu, baru boleh di cedok ke dalam pinggan yang kita nak makan. heh leceh kan. huu~
  • time makan pulak, ada protokol dia. kalau makan nasi, tak boleh terus gaulkan semua nasi tu dengan lauk pauk semua. kena mula makan dengan amik yang bahagian tepi, amik sikit-sikt. 
  • Pastu, di jari tak boleh ade sebiji nasik pon yang melekat. kalau berkuah bagai pon, still tak boleh ade pape yang melekat. 
  • makan tak boleh ade yang tumpah, takboleh bersepah-sepah. huu~ neat kan mama. -.-'
  • makan jangan ade bunyi, makan kena habis. masa mula-mula cedok tu, amik sikit dulu. tak cukup baru tambah. jangan terus amik banyak. kalau tak habes, nanti membazir. :)

Itu laa Mama. memang sangat particular dengan adab di meja makan.
dari kecik-kecik lagi di ajar makan camtu. Agaknya itulah hasil yang membuatkan saya makan slow. huu~

tapi semua yang Mama ajar tu membuatkan kami adik beradik sangat tertib dan neat bila makan. huu~
TQ Mama. Walopon kadang-kadang leceh dengan sume tu, Mama dah didik kami dengan sangat terbaik.

we love u :)

Love,


Thanks for reading! :D :')

keseorangan

Salam Alaik

semenjak dua menjak ni,
saya merasakan yang saya

perlu belajar makan sorang-sorang.
perlu belajar pergi shopping sorang-sorang,
perlu belajar beli brg dapur sorang-sorang
perlu belajar ke mana-mana sorang-sorang.

dengan kata lain,
semuanya keseorangan.


betol lah, dalam liang lahad nanti pon ko sorang-sorang jugak Fel. -.-'

Thanks for reading! :D :')

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday

Salam Alaik


kenangan 2007.
hee
tq mama n abah. :)

love,

Thanks for reading! :D :')

Tuesday, October 4, 2011

mood belajar kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang

Salam Alaik


encik sayang tag this video in FB.
saje le tew nak soh i ada mood utk sambung belajar blk.. huu~

jeles sangat tgk Dr Afif Al-Akiti ni.. He can speak 7 languages. Malay, English, Arabic, German, French, n old english language, (Latin n Yunani).

Subhanallah. Macamana laa he spend his life kan? bangga sangat ada orang Islam Malay camni. :D nie yang buat i tetibe semangat bukak kamus Arab n french balik neh...*tetibe* huahaha.. nampak sangat belajar bahasa tapi tak apply kan..huu~ InsyaAllah, May Allah guide me. Hanya Dia yang tahu bila waktu terbaik untuk saya sambung belajar kembali. :)

p/s : abah da bising tnya bila nak further study.. -.-'

Thanks for reading! :D :')